Ahad, 1 November 2009

ARIES (21 MAC - 19 APRIL)

Aries dilambangkan dengan simbol (kambing) mempunyai sifat yang keras kepala, pantang mengalah, nekad, bertenaga dan suka kepada aktiviti luar dan hal-hal baru. Mereka tidak mudah duduk diam kerana ada saja perkara yang dilakukannya. Orang Aries sukar untuk dikendalikan, tergesa-gesa, tidak sabar dan tidak suka diperintah tapi tunduk kepada orang yang benar-benar dihormatinya.
Orang Aries sangat sihat dan kuat. Cita-citanya sangat tinggi hingga kadang-kadang tidak tercapai. Dalam mengerjakan sesuatu, ingin lekas selesai dan membela bermati-matian orang yang dianggapnya benar. Orang Aries kebanyakannya bertubuh bulat dan membujur panjang. Mereka seorang yang berdikari dan akan menyelesaikan kerja yang dimulakannya sampai beres barulah puas hatinya. Fikirannya cerdas, tidak ragu-ragu bila membuat keputusan dan tegas dengan pendiriannya.
Aries selalunya seorang yang jujur, setia dan senang membela kawan atau orang-orang yang disayangi tanpa pernah berfikir dua kali tentang bahaya yang mungkin dihadapinya.
Penampilan Aries agresif di dalam segala bidang dan agak menonjol sekali di tengah masyarakat. Dalam menghadapi lawan jenisnya, orang Aries agresif dan tidak pernah malu-malu. Dia selalu jujur dan berterus-terang mengatakan apa yang dirasakannya, mesra namun tegas dalam menentukan sesuatu keputusan, walau pun terhadap lawan jenisnya.
Orang Aries selalu berkehendak kepada kebebasan dan merasa apa yang dilakukannya adalah benar dan merasa apa yang dikerjakannya akan berhasil, pantang putus asa dan gigih menghadapi kesulitan. Oleh kerana sikapnya yang berani ini orang Aries sering melakukan berbagai jenis pekerjaan dan akhirnya tidak memberikannya hasil yang diharapkan. Juga, kerana sikapnya yang sangat berani, cepat marah dan terpancing kebodohannya, banyak kesempatan-kesempatan bagus untuk kariernya lenyap begitu saja. Orang Aries adalah orang yang ego, mudah tersinggung dan emosional.
Orang Aries memiliki kemampuan seksual yang tinggi, hangat dalam urusan ranjang dan pandai sekali dalam pujuk-rayu pasangannya. Mereka menyukai kerapian dan kekemasan dan suka melakukan hubungan seksual.
Penyakit yang sering menyerang orang Aries ialah sakit kepala, mata, sakit berkaitan perut / pencernaan, buah pinggang / ginjal dan masalah keguguran rambut.

Ahad, 25 Oktober 2009

WATAK ANDA BERDASARKAN ZODIAK PISCES (19 FEB - 18 MAC)

Pisces dilambangkan dengan simbol ikan. Sifat yang paling menonjol bagi Pisces ialah keramahan dan suka bergaul / bersosial tetapi agak tergagap-gagap bila bercakap. Orang yang bernaung dalam zodiak Pisces adalah seorang yang tabah, teguh hati, menyukai perdamaian, suka mengalah, kurang yakin kepada kebolehan diri sendiri, rasa rendah diri, mudah tersinggung dan agak kedekut / kikir.
Walau bagaimana pun Orang Pisces suka kepada kecantikan dan penampilannya sentiasa nampak anggun dan menarik perhatian orang lain. Mereka suka bebas dan tidak suka dikongkong tapi agak manja, emosional dan suka bermain dengan perasaan dan khayalan.
Dalam percintaan Orang Pisces adalah seorang yang setia tapi kurang menunjukkan perasaannya kepada pasangannya.
Penyakit yang sering menyerang ialah beri-beri dan lemah syahwat.

Isnin, 19 Oktober 2009

WATAK ANDA BERDASARKAN ZODIAK AQUARIUS (20 JAN - 18 FEB)

Aquarius dilambangkan dengan simbol pengangkut air. Orang Aquarius adalah seorang yang mempunyai sifat sosial yang tinggi. Mereka senang bergaul, banyak kawan, pandai dan mudah memaafkan sesiapa saja yang pernah menyakiti hatinya. Perasaannya sangat halus dan tajam sehingga agak mudah tersinggung. Orang Aquarius seorang pelupa sehingga dianggap sebagai orang yang suka mungkir janji, suka menolong dan suka kepada perdamaian.
Umumnya orang Aquarius bukanlah orang yang kuat secara fizikal tetapi kuat mentalnya, halus budi bahasanya , tingkahlakunya sangat menarik, penampilannya sangat menakjubkan. Hebatnya selalu ada saja rezeki buatnya. Seringkali bertindak sesuatu yang diluar dugaan orang-orang yang ada disekelilingnya.
Orang Aquarius tidak mendambakan pujian dan sanjungan. Ia melakukan sesuatu tanpa ganjaran dan ikhlas, hidup dalam kesederhanaan serta mudah menyesuaikan diri dalam pergaulan serta kehidupannya senang dan mewah. Walau bagaimana pun kerana sering berurusan dengan ramai orang, secara tidak langsung orang Aquarius ikut merasakan banyak kesulitan mereka. Justeru itu, penyakit yang paling sering mengganggu orang Aquarius adalah kurang tidur, pening, keletihan, syaraf, jantung dan beri-beri.
Orang Aquarius menyukai pekerjaan yang berkaitan dengan masyarakat, keagamaan, cinta terhadap keluarga dan jarang sekali berfikir untuk memikirkan kepentingan peribadi. Cita-citanya adalah hidup bahagia bersama-sama dengan orang-orang disekelilingnya tapi sayangnya, ia selalu dikecewakan oleh orang-orang yang telah dibantu atau ditolongnya. Mereka sering menyenbunyikan penderitaan batinnya dan selalu berusaha untuk membahagiakan orang lain dan memperjuangkan kepentingan orang lain. Orang aquarius sering dianggap bodoh dengan bersusah payah untuk menolong orang lain walaupun tidak dihargai tetapi mereka akan tetap melakukan kegiatan menolong tersebut.
Orang Aquarius yang sering tulus menolong menjadikannya sering ditipu atau menjadi korban fitnah oleh orang-orang yang iri hati padanya, namun begitu entah bagaimana caranya, segala sumberakan memulihkan nama baiknya dengan sendirinya. Demikian juga rezekinya, akan tetap mengalir menutupi kekurangan-kekurangan yang disebabkan oleh penipuan tersebut dan selalu saja ada kelebihan rezeki untuk hidupnya dan untuk menolong orang lain lagi.
Orang Aquarius sangat berani mengemukakan pendapat tanpa menghiraukan hinaan dan ancaman bahaya kerana jiwanya memang jujur dan kuat. Mereka mempunyai kekuatan untuk menakluk dan menguasai jiwa dan minda orang lain serta dapat menenangkan perasaan dan hati seseorang dengan pendapat mereka dan ternyata bahawa segala pendapatnya adalah tepat, benar dan boleh diterima.
Orang Aquarius bukan jenis pendendam. Mereka adalah seorang yang bersifat manja dan penuh perasaan kasih sayang justeru itu, ramai yang menaruh perasaan padanya. Perasaannya tajam sehingga cepat sekali menanggap sesuatu yang akan terjadi atau menimpa dirinya dengan hanya melihat beberapa petunjuk tertentu saja. Orang Aquarius termasuk orang yang dapat melihat watak seseorang dalam sekelip mata saja. Orang Aquarius gemar kepada kegiatan seni dan kebudayaan.
Orang Aquarius sering merasa kecewa dengan keadaan yang menurutnya penuh dengan kepalsuan dan kecurangan. Selalu berusaha untuk menjadi orang tengah bila terjadi perselisihan. Berusaha menolong sesama manusia namun iktikadnya sering disalahertikan.
KESIHATAN DAN SEKSUAL : Orang Aquarius termasuk orang yang mempunyai kesihatan yang bagus. Sakit kepala dan masuk angin seperti kembung dan lain-lain adalah penyakit rutin yang sering menyerangnya.
Orang Aquarius termasuk orang yang mempunyai ghairah seksual yang cukup tinggi dan hangat. Mereka mempunyai kesanggupan bermain cinta yang sangat berlebihan menurut ukuran normal dan ini dapat dilakukannya tanpa mengganggu kesihatannya.

Rabu, 14 Oktober 2009

WATAK ANDA BERDASARKAN ZODIAK CAPRICORN (22 DIS. - 19 JAN. )

Setiap orang yang lahir di dunia ini mempunyai bintang yang menaunginya. Terdapat 12 zodiak yang dipercayai boleh mempengaruhi perwatakan dan berbagai aspek kehidupan anda seperti kewangan, asmara, karier, kesihatan dan sebagainya.
1. Capricorn: (Lambang Kambing)
Kekuatan : Orang Capricorn adalah seorang yang tabah, bersikap tekun, pantang undur, seorang ketua yang baik, bijaksana dan bertanggungjawab terhadap anak buah. Mereka sentiasa ingin berjuang untuk melakukan perubahan terutamanya untuk melawan nafsu yang tidak baik dengan kesedaran jiwa yang tinggi. Penampilan orang capricorn selalunya bagus kerana mereka mempunyai kemuliaan, kewibawaan, berkarisma dan juga semangat yang utuh untuk bekerja keras serta sangat pandai mempengaruhi orang-orang disekelilingnya sehingga seakan orang Capricorn adalah pemimpin yang harus dihormati.
Kelemahan : Adakalanya orang Capricorn memeliki sifat pemalu dan acapkali ragu-ragu dalam mengambil keputusan dan memerlukan dorongan dari rakan dan orang disekeliling yang rapat dengannya. Mereka mudah sekali menaruh curiga meskipun terhadap persoalan yang remeh atau sangat kecil. Orang Capricorn sering bertindak keras dalam mempertahankan pendirian dan pendapatnya serta sanggup mengorbankan apa jua dan tidak mengira siapa pun orang yang menentang perinsipnya tersebut. Walau bagaimana pun sekiranya penentangan dilakukan secara lembut dan kehalusan budi maka, orang Capricorn akan tunduk dan mengalah.
Orang Capricorn juga adalah seorang yang sangat sukar sekali melupakan hinaan terhadap dirinya walaupun kecil dan jika memiliki kesempatan tentunya dendamnya akan dibalas setimpal terhadap orang tersebut. Justeru itu, orang Capricorn sangat mudah percaya dengan omongan orang lain, bersikap pesimis, mudah curiga dengan orang lain, agak gagap bila berbicara dan terkadang kelihatan seakan ingin menguasai dan memerintah terhadap orang yang telah dikenalinya.
Kesihatan dan masalah seksual :
Kesihatan orang Capricorn umumnya cukup baik. Mereka sangat sukar untuk pergi berubat ke hospital atau berjumpa dengan doktor kecuali sekiranya kesihatannya semakin parah dan tidak tertanggung lagi. Penyakit yang sering menyerang Capricorn ialah penyakit yang berkaitan dengan ginjal / buah pinggang serta sakit pinggang, penyakit kulit, reumatik, jantung serta gangguan berkaitan pencernaan.
Bergaul dengan lawan jenisnya, orang Capricorn agak malu-malu kucing dan nampak macam alim tetapi kalau sudah intim, sangat agresif sekali, ghairah, hangat dan mesra. Orang Capricorn adalah seorang kekasih yang setia tetapi jika dirasai tiada keserasian lagi, maka orang Capricorn akan memutuskan perhubungan tersebut begitu saja tanpa kompromi dan sering menunda perkahwinannya sehungga melebihi umur 25 tahun.
Lelaki Capricorn adalah orang yang berkharisma dan memiliki segala persyaratan untuk digilai perempuan. Gairah seksnya rata-rata tinggi karena libidonya juga tinggi. Permainan di atas ranjang? Tidak usaha ditanya. Dialah ahlinya, selain sangat kreatif menciptakan gaya-gaya baru yang mengejutkan tetapi dalam jangkamasa yang singkat.
Perempuan Capricorn menganggap hubungan seksual hanyalah satu kewajibannya dan jarang sekali menyukai permainan seks yang bermacam-macam variasi tetapi sangat berghairah terutama menjelang masa haidnya dan sering diganggu penyakit keputihan.

Selasa, 13 Oktober 2009

Ilmu Nujum Dan Ramalan

Ilmu nujum dalam kebudayaan Melayu selalu dikaitkan dengan ramalan mengenai nasib manusia yang dipengaruhi oleh alam sekitarnya sehingga lebih mendekati makna astrologi. Ianya mengandungi pengetahuan mengenai ilmu kutika atau ketika, nujum, raksi, firasat, takbir, dan katuranggan. Ilmu kutika atau ketika adalah ilmu untuk mencari waktu yang baik dalam melakukan suatu upacara, membuat peralatan, memulai pekerjaan bercocok tanam dan pekerjaan lain yang penting dalam kehidupan sehari-hari. Nujum, ramalan, dan rejang adalah ilmu untuk mengetahui apa yang telah dan akan berlaku berdasarkan perhitungan hari dalam seminggu, sebulan, atau setahun. Rejang adalah ilmu yang merujuk kepada binatang-binatang yang dihubungkan dengan ramalan terhadap suatu kejadian. Raksi atau kias adalah ilmu untuk meramalkan keserasian pasangan yang akan menikah; juga keserasian hari dan waktu untuk menjalankan suatu pekerjaan. Ilmu firasat adalah ilmu untuk mengetahui perilaku seseorang berdasarkan bentuk tubuh, tanda-tanda pada tubuh, wajah, bahkan bau keringat seseorang. Takbir, khususnya takbir mimpi adalah bentuk ramalan dengan menafsirkan mimpi seseorang menurut waktu, hari, dan sebagainya. Katuranggan, padah, atau alamat adalah ilmu untuk meramalkan perilaku binatang berdasarkan tanda-tanda pada tubuh dan gerak-geriknya.

Buku yang berkaitan dengan Ramalan dan Nujum seperti Tajul Muluk dan Ilmu Bintang 7 atau 12 adalah contoh penulisan berkaitan dengan kepercayaan dan pola pikir masyarakat Melayu yang membicara tentang hubungan manusia dengan tanda-tanda alam seperti ombak, angin, dan bintang, tafsir mimpi, perubatan, perhubungan suami istri, ilmu pelangkah yang menentukan hari-hari baik dalam menjalankan usaha berdagang, berperang, atau bercocok tanam (yang dikenali sebagai ilmu kutika / ketika), jadual perhitungan hari baik dan nahas dalam satu tahun, ramalan atas barang-barang yang hilang hingga doa-doa yang dapat digunakan untuk keperluan tertentu.